Unit akaun Reichsthaler Reichsthaler

Pada waktu dikeluarkan sebagai duit syiling, Reichsthaler juga digunakan di kebanyakan kawasan Jerman utara sebagai unit akaun, dengan unit itu bernilai ¾ daripada nilai duit syiling Reichsthaler. Justera, sebagai unit akaun, Reichsthaler sama sahaja dengan 1⁄12 daripada kandungan perak Mark Cologne. Selepas 1754, unit ini (kini ¾ daripada Conventionsthaler, dan 3⁄40 daripada kandungan perak Mark Cologne) masih digunakan, walaupun ia lebih biasa dirujuk dengan mudah sebagai "Thaler".

Di dalam kebanyakan negeri yang menggunakan Reichsthaler sebagai unit akaun, Reichsthaler dibahagikan kepada 288 Pfennig, dengan jenis mata wang pertengahan seperti Groschen atau Gutegroschen bernilai 12 Pfennig (1/24 daripada Reichsthaler), dan Mariengroschen bernilai Pfennig (1/32 daripada Reichsthaler).